RAWATAN MATA - Megasale4u Online Shop
    CHANGE CURRENCY
    LANGUAGE
  My shopping cart
(no items)

 
    HOME
    REGISTER
    PRICE LIST
    FEEDBACK
    ABOUT YOUR SHOPPING CART
    SHIPPING AND PAYMENT

Login:
Password:

forgot password?
    CATALOG
  (c)TAWARAN ISTIMEWA BULAN INI
  CARA PEMBELIAN DAN PEMBAYARAN
  CONTACT
  HiGoat Susu Kambing
  PENAPIS AIR
  PRODUK MINDA
  TESTIMONI
  TUALA WANITA
  Petua Kecantikan Tradisional
  Produk Kecantikan
  Produk Kesihatan/ Dalaman Wanita
  Produk Pelangsingan Badan
  Slimming Suit
  Masalah Rambut
  Rawatan Payudara
  Bedak Ronasutra
  KAIN SULAM
  Breath Spray
  Produk Kehamilan & Lepas Bersalin
  PRODUK PENCERAHAN (collagen)
  Produk Untuk Lelaki
  Perfume
  Barangan Perhiasan
  RAWATAN MATA
      Toner Mata Permata Hijrah
      Wrinkle Eye Contour
  RESEPI PILIHAN
  Cerita Lawak
  RUANGAN NASIHAT KESIHATAN
  Hentikan Ketagihan Merokok
  BICARA SEMASA
SEARCH:

    
search in results

TAWARAN ISTIMEWA
HARI RAYA


FREE FACIAL
Apabila membeli
Satu set Skin Care
(tdk kira brand)


FREE HERBAL SAUNA
Apabila membuat
Rawatan Body Scrub
Atau Body Massage


FREE HAND
WHITENING SCRUB

Apabila membuat facial


HARGA UNTUK RAWATAN
Facial Special Treatment RM40.00;
Body Scrub RM40.00;
Body Massage RM40.00
Herbal Sauna RM30.00
 



 

ONLINE SUPPORT

Yahoo! Status (online/Offline)

PENGURUS
019 2663660
atau
0104231630

    YOUR INFO

Iklan Statik RM30/Thn

Register Forex

IKLAN Bisnes

For Ads Here e-mail
support@megasale4u.com

 

 

WEB STATTISTIK

 

    TEXT BANNER

magesae4u | RAMBUT gugur | Kecantikan | Allissa | Des Sylim | JDM5 | LAX5 | LAX9 | Leesa Formula | Sendayu Tinggi  | Biodex | D'navachee | EXAMO | Femaling Mayfirst | Gamogen | Herba Maharani | Jamu Mak Dara | Jelitayu | Jus DRII | Leesa Formula | Mas Cotek | Qshe dcl | Sendayu Tinggi | Soy Collagen |
 
Link exchange
 

Click here to join bisnes_kita
Click to join bisnes_kita

 

 

Banner 468 x 60 RM40/Bln

alphalipid2u

alphalipid2u

RAWATAN MATA Home > RAWATAN MATA

Search products within this category

Name:
Price: from RM
to RM
Color:
Depth:
Height:
Size:
Weight:
Width:

Cara Penggunaan Toner Mata.
1. Titikkan 2 titik ke dalam mata.
2. Pejam mata dan massage bebola mata perlahan-lahan.
Cara Penggunaan Jenis Spray (toner3)
1. Buka mata dan spray terus ke dalam mata.

Toner Mata Permata Hijrah (9)
Wrinkle Eye Contour (1)

Sort by: name (ascending | descending), price (ascending | descending), customer rating (ascending | descending)

Pueraria Wrinkle Fighting Eye Contour
add to cart
Pueraria Wrinkle Fighting Eye Contour more info...

Select for comparison
RM59.80
RM59.00
Shipping freight: RM6.00

Pueraria Wrinkle Fighting Eye Contour
add to cart
Pueraria Wrinkle Fighting Eye Contour more info...

Select for comparison
RM59.80
RM59.00
Shipping freight: RM6.00

Toner Permata Hijrah Biru
 
Toner Permata Hijrah Biru
more info...


Select for comparison
RM12.90
RM12.00
Shipping freight: RM5.00

Kegunaan:
Untuk cuci mata, gatal mata, berair mata, ketumbit dan mengeluarkan habuk dalam mata.

Toner Mata Permata Hijrah Pink
 (vote(s): 3)
add to cart
Toner Mata Permata Hijrah Pink
more info...


Select for comparison
RM29.90
RM28.00
Shipping freight: RM5.00

Untuk peringkat permulaan rabun. Untuk mengurangkan "POWER" kaca mata, masalah rabun dekat dan jauh dan mencairkan selaput lendir yang tumbuh di dalam mata dengan izin ALLAH .....

Toner Permata Hijrah Siang & Malam
 (vote(s): 2)
 
Toner Permata Hijrah Siang & Malam
more info...


Select for comparison
RM119.80
RM115.00
Shipping freight: RM6.00

Untuk masalah silau mata, masalah rabun dekat dan rabun jauh, masalah kornea mata, masalah katarak, masalah glukoma, masalah urat saraf, masalah rabun yang disebabkan kencing manis, mengurangkan "POWER" kaca mata dan mencairkan selaput lendir di dalam mata dengan izin ALLAH. InsyaAllah sembuh tidak perlu dibedah dan tidak berkaca mata lagi.
Warna Hitam = Untuk kegunaan malam
Warna Hijau = Untuk kegunaan siang

Toner Permata Hijrah Merah
 (vote(s): 1)
add to cart
Toner Permata Hijrah Merah
more info...


Select for comparison
RM189.90
RM184.00
Shipping freight: RM6.00

Masalah rabun malam, rabun ayam, masalah silau mata yang serius, masalah urat saraf mata yang serius, masalah retina rosak, masalah kornea koyak, masalah katarak yang lebih serius, masalah saluran air mata tersumbat, masalah kekeringan airmata, masalah mata yang sangat letih, masalah rabun dekat & rabun jauh yang lebih serius, masalah rabun yang disebabkan oleh penyakit kencing manis yang serius, mengurangkan "POWER" kaca mata yang melebihi 400 ke atas, mencairkan selaput lendir, menguatkan kembali urat saraf mata yang sangat lemah disebabkan laser atau pembedahan. Dengan izin ALLAH, insyaAllah sembuh dan tidak perlu di bedah atau laser dan tidak perlu berkaca mata lagi. InsyaAllah....
Cara Penggunaan:
Buka mata dan spray ke dalam mata. Sejuk dan menyegarkan.

Toner Permata Hijrah Putih/Ungu
add to cart
Toner Permata Hijrah Putih/Ungu
more info...


Select for comparison
RM599.90
RM589.00

special.. Paling Terbaik!! Sudah Terbukti!! Masalah silau mata....Insya Allah dengan izin Allah Ta'ala ramai yang telah sembuh!! Masalah katarak... InsyaAllah dengan izin ALLAH Ta'ala ramai yang telah sembuh tak perlu dibedah/laser. Masalah rabun yang disebabkan oleh kencing manis, mengurangkan "POWER" kaca mata telah ramai yang dapat melihat tanpa memakai kaca mata. INSYAALLAH DENGAN IZIN ALLAH TA'ALA.

POS PERCUMA

Spec Terapi B-Trang
 (vote(s): 1)
add to cart
Spec Terapi B-Trang
more info...


Select for comparison
RM116.00
Shipping freight: RM6.00

Dalam sains perubatan China berdasarkan prinsip akupunktur dan urutan, ia menghubungkan urutan magnetik dan mekanikal ke tempat-tempat penting di sekeliling mata. Di samping itu, ia merangsang perjalanan darah ke mata, mengaktifkan sel-sel pada mata dan otak serta meningkatkan aliran oksigen ke mata dan otak. Penggunaan spec terapi ini secara berterusan dapat membantu meningkatkan penglihatan dan kuasa daya ingatan selain dapat melegakan keletihan mata dan tekanan yang terdapat dalam mata dengan cepat.

Spec Permata Terapi
 (vote(s): 1)
add to cart
Spec Permata Terapi
more info...


Select for comparison
RM119.90
RM119.00
Shipping freight: RM6.00

Kegunaan :
Untuk masalah sakit kepala, Melegakan kepenatan pada mata,masalah penglihatan yang kabur,membantu perjalanan darah menjadi lebih lancar pada saraf.

Buah Bilberry
add to cart
Buah Bilberry
more info...


Select for comparison
RM200.00
RM190.00
Shipping freight: RM6.00

Ekstrak buah bilberry 100% yang mengandungi tahap kandungan tinggi 'tanic acid', cinnamic acid, flavomols, anthocyanidins & 'isatlavones'. Kajian mendapati ianya berkesan untuk merawat penyakit mata termasuk retinis pigmentosa, retina inflammation, masalah degeneration, gloukoma, katarak dan rabun malam.
Cara Guna: (1 kapsul untuk sekali makan, 1 kali sehari)

Testimoni Pengguna Toner Permata Hijrah
 
Testimoni Pengguna Toner Permata Hijrah
more info...


Select for comparison

TESTIMONI PENGGUNA TONER PERMATA HIJRAH

Testimoni 1

82,Kg Gelang Cincin,

85000 Segamat,Johor. 

 Mula pakai kacamata dari tahun 2000 hingga 2008.Power kacamata adalah 250.Saya alami rabun dekat,jauh dan silau ketika memandu khususnya waktu malam.Mungkin kerana membuat tugas depan komputer 8 jam sehari.Disebabkan memerlukan kos yang agak besar untuk tambah power,maka saya mencuba produk spray mata Ainun Permata Hijrah dengan Alkali Mutiara berharga RM 189.90.Alhamdulillah,setelah guna secara istiqamah selama 1 bulan,kini saya tidak perlu lagi berkacamata dan penglihatan amat jelas termasuk memandu di waktu malam tanpa ragu-ragu.Pembacaan khutbah pun lancar meskipun tulisan jawi agak kecil.

 Syukran kepada pencipta penawar ini.

Testimoni 2

Haji Sulaiman b. Mohamad
No.21, Lorong Permatang Badak Baru 30
Taman Bukit Rangin, 25150 Kuantan
Pahang Darul Makmur

Pada bulan Julai 2008 masalah mata saya semakin serius, bila nak bercakap mata mula berair dan menjadi merah. Saya telah merujuk masalah ini ke Hospital Besar Kuantan dan doktor yang merawat saya mengatakan tiada penyakit yang serius pada mata saya.

Saya merasa sangat risau dan tertekan dengan perkara ini kerana masalah mata ini menyebabkan saya sukar untuk melakukan kerja harian. Sebelum ini saya menggunakan cermin mata untuk kerja harian semenjak tahun 1974 lagi. Tetapi dengan masalah mata berair ini sukar juga bagi saya memakai cermin mata sekalipun.

Pada 21hb. November 2008 saya terdengar dalam radio IKIM berkenaan produk Permata Hijrah dan kelebihan menggunakan toner mata tersebut. Tertarik dengan penerangan yang diberikan saya mengambil peluang untuk mendapatkan produk tersebut di Pusat Rawatan Permata Hijrah Pengkalan Kubor Kelantan. Saya dinasihatkan untuk menggunakan set lengkap rawatan mata Permata Hijrah yang mengandungi Toner Siang RM 59.90, toner malam RM 59.90 toner spray RM 189.90 dan toner ainun RM 599.

Alhamdulillah selepas 3 minggu penggunaan produk tersebut masalah mata yang sakit dan berair telah pulih sepenuhnya dan lebih mengembirakan saya telah dapat membaca dan menulis tanpa perlu memakai cermin mata.

Untuk makluman saya hanya menggunakan set siang malam bersama spray RM189 dan belum lagi menggunakan toner RM 599 tetapi sudah dapat melihat kesannya yang menakjubkan. Untuk yang mempunyai masalah mata diharap segera dapatkan set rawatan mata seperti yang saya gunakan, semoga anda juga akan dapat manfaat dari produk Permata Hijrah ini insyaAllah.

Akhirnya saya bersyukur kepada Allah diatas anugerah kesembuhan ini dan berterimakasih juga kepada Ustaz Ali dan Ustaz Zul yang memformulasikan produk hebat ini, semoga usaha dan perniagaan Ustaz akan terus berjaya.

Testimoni 3

 

 

Abdul Hamid bin Jaafar
No 29 Lorong Raksa 1
Taman Bukit Kuda 41300
Klang Selangor


Ucapan salam kepada Ustaz Mohd Ali Permata Hijrah Kelantan Darul Naim.

Alhamdulillah segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam yang telah menjadikan dunia ini dengan sempurna. Selawat serta salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallah alaihi wasallam.

Terlebih dahulu ingin saya mengucapkan jutaan terimakasih kepada ustaz dan rakan-rakannya diatas keperihatinan mereka dalam menghasilkan produk Permata Hijrah yang bermutu lagi amat menakjubkan. Tak lain dan tak bukan semata-mata untuk menolong umat manusia yang mengalami masalah yang berkaitan dengan mata.

Saya mempunyai seorang anak perempuan yang mengalami masalah mata sejak dari lahir lagi dimana mata kanannya sentiasa berair dan kerapkali menangis. Untuk makluman, saya ada mendapatkan ubat mata dari klinik tetapi hasilnya hanya dapat bertahan saja. Ketika usianya 6 bulan saya telah dinasihatkan oleh doktor biasa supaya anak saya dibawa ke Hospital Pakar Mata Tun Hussin Onn di Petaling Jaya bagi memeriksa apakah punca penyakit mata anak saya kerana ketika itu mata kanannya ada selaput putih telah menutupi mata hitamnya. Manakala saiz matanya juga tidak normal (seperti mata kiri- saiznya agak lebih besar). Apabila diperiksa doktor memberitahu bahawa anak saya telah mengidap penyakit glukoma dan perlu menjalani pembedahan dengan seberapa segera. Fikiran saya mula tidak tenang bila mengetahui akan keadaan anak saya diketika itu. Kos pembedahan dijangka mencecah RM 4000 kerana mata kirinya juga perlu dibedah.

Di usianya 8 bulan mata anak saya telah selamat dibedah. Doktor mengatakan mata anak saya telah baik dan dapat melihat seperti biasa. Saya amat gembira dengan berita yang diberitahu oleh doktor pakar itu. Apa yang saya harapkan rupanya tidak bertahan lama. Diketika usia anak saya mencecah 7 tahun dia mengadu pada saya yang mata kanannya tidak nampak manakala mata kirinya pula kabur. Perasaan saya mulai gelisah bila memikirkan keadaan anak saya diketika itu lalu membawanya ke kedai pemeriksaan mata. Setelah diperiksa kedua-dua matanya, pemilik kedai cermin mata itu memberitahu bahawa mata kanan anak saya memang telah rosak dan tidak boleh melihat apa-apa objek mahupun cahaya. Manakala mata kirinya pula powernya terlalu tinggi melebihi 400++. Saya dan isteri amat sedih dengan keadaan anak saya diketika itu, bermacam-amacam cara rawatan telah saya lakukan termasuklah menitis air zam-zam, membuat air tawar disamping berdoa memohon kebaikan dari Allah. Namun hasilnya tetap sama tidak berubah.

Suatu hari saya terbaca akan khasiat cecair Permata Hijrah didalam akhbar Harakah serta pengakuan testimoni dari pesakit yang telah pulih dari masalah mata apabila menggunakan cecair Permata Hijrah. Pada bulan Ogos 2008 saya telah membawa anak saya ke Stadium Melawati Shah Alam yang mana ketika itu ada sesi rawatan dan penerangan percuma dari Staff Permata Hijrah. Saya begitu berkeyakinan bahawa produk Permata Hijrah insyaAllah akan menyembuhkan mata anak saya. Apabila selesai menjalani rawatan dan penerangan dari staff Permata Hijrah tanpa ragu dan bimbang saya terus membeli set percubaan Permata Hijrah iaitu toner mata RM 59.90, spray mata RM 189.90 dan mesin getaran urut urat mata RM 120.00.

Alhamdulillah, selepas dua minggu anak saya menggunakan toner Permata Hijrah sungguh menakjubkan sekali dimana mata kirinya semakin jelas manakala mata kanannya pula sudah boleh nampak objek besar dan cahaya. Saya dan isteri benar-benar terharu dengan anugerah dari Tuhan yang telah memberi kebaikan pada mata anak saya. Dua bulan selepas itu saya membawa anak saya untuk diperiksa tahap penglihatannya dikedai cermin mata dan alangkah gembiranya saya bila pemilik kedai itu mengatakan yang tahap penglihatan anak saya disebelah kiri semakin baik dan boleh melihat objek yang lebih kecil dan lebih jauh dari sebelumnya manakala mata kanannya pula boleh melihat objek yang lebih kecil dari yang sebelumnya. Mulai hari itu saya bertambah yakin dengan toner Permata Hijrah. Untuk rawatan seterusnya saya cuba pula membeli toner mata Permata Hijrah yang harganya RM 599.00 dari Ustaz sendiri melalui order poslaju dari Kelantan. Hingga kini mata anak saya semakin hari semakin jelas penglihatannya dan saya bersyukur pada Allah diatas rahmatNya yang telah memulihkan anak saya.

Akhir sekali saya mendoakan Ustaz Mohd Ali dan rakan-rakannya dalam Permata Hijrah agar terus mengeluarkan produk yang bermutu ini bagi menolong insan-insan yang amat memerlukan. Harapan saya juga moga syarikat ustaz sentiasa maju dari masa ke semasa. InsyaAllah amiin.

 

Testimoni 4

Abdul Rashid bin Saad
25 Jalan Bangau
Taman Pekan Baru
34200 Parit Buntar
Perak


Per: TONER MATA PERMATA HIJRAH AINUN

Assalamualaikum,

Sukacita saya maklumkan kepada saudara mengenai produk toner mata permata hijrah. Saya mengalami masalah selaput mata sejak 6 tahun lalu dan dalam pada itu telah beberapa kali tukar cermin mata. Pernah saya tukar cermin sehingga 2 kali dalam setahun dan sehinggalah tukang cermin memberitahu bahawa tak boleh tukar lagi kerana ada selaput. Selepas itu saya dapatkan rawatan di kelinik mata beberapa kali dan berbagai ubat digunakan juga tidak berkesan. Doctor menasihatkan agar menjalani pembedahan dan ianya memerlukan belanja yang besar bagi saya.

Pada 20 ramadhan tahun ini saya terbaca iklan produk toner mata permata hijrah di dalam akhbar Harakah. Pada mulanya saya kurang yakin, saya bercakap seorang diri, berkesankah produk ini padahal sebelum ini berbagai ubat yang telah gunakan tidak berkesan. Selang beberapa hari selepas itu saya menghubungi Ustad Mohd Zulkifli dan atas nasihat beliau saya mencuba Toner mata hijrah pada harga 59.90. Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT selepas 3 hari menggunakan penglihatan saya semakin pulih dan selepas 2 minggu saya boleh membaca surat akhbar tanpa menggunakan cermin mata lagi. Sekarang baru saya percaya produk Toner mata hijrah keluaran bumiputra ini amat mujarab.

Sekian terima kasih. Assalamualaikum.

Yang Ikhlas

Abdul Rashid Bin Saad 

Testimoni 5

Saya mengalami masalah rabun dekat, silau mata dan luka di bahagian mata putih. Disamping itu saya juga mengalami masalah gatal dan rasa panas serta pedih di kedua-dua belah mata saya. Bahagian bawah kedua-dua mata saya juga menjadi bengkak (eye bag) dan berasa panas serta gatal. Penglihatan saya sering menjadi kabur terutama bila mata saya letih kerana membaca atau menggunakan komputer.

Dalam minggu pertama penggunaan produk Toner Mata Permata Hijrah, bengkak di bawah mata telah hilang dan rasa gatal serta panas mata telah berkurangan.

Saya dapat merasakan perubahan setelah menggunakan botol yang pertama. Penglihatan saya sekarang semakin baik. Masalah silau serta pedih mata semakin berkurangan. Saya kini dapat menjalankan aktiviti membaca, menggunakan computer serta memandu (terutama pada waktu malam) dengan lebih selesa.

Noriah Ismail
Desa Moccis. 47000 Sg Buloh, Selangor

Testimoni 6

PENGALAMAN MENGGUNAKAN UBAT MATA PERMATA HIJRAH
---------------------------------------------------------------------------------

Saya Fazilah bt Razali ingin berkongsi pengalaman ibu saya Fatimah bt Othman bagaimana beliau menggunakan ubat mata permata hijrah sehingga sekarang.

Pada 25/10/2007 saya telah membawa ibu saya ke Hospital Besar Kuala Lumpur kerana beliau ada temujanji dengan doktor mata. Dari ujian tersebut doktor mengesahkan bahawa ibu saya kena membuat pembedahan mata kerana di dapati mata beliau disahkan ada katarak.

Ibu saya enggan menjalankan pembedahan tersebut kerana beliau takut memandangkan beliau juga menghadapi penyakit kencing manis dan darah tinggi. Setelah dinasihati oleh saya beliau bersetuju untuk menjalankan pembedahan tetapi bukan dalam masa yang terdekat.

Dalam tempoh menunggu untuk ibu saya membuat keputusan kebetulan pada bulan Februari 2008 di Menara TM di mana tempat saya bekerja ada menjalankan pelbagai jualan dan saya tertarik dengan salah satu jualan iaitu berkenaan dengan UBAT MATA PERMATA HIJRAH yang dibuat dari air zam-zam, setelah mendapat penerangan yang sejelas-jelasnya dari ustaz dan pekerja-pekerjanya saya bersetuju membeli ubat mata permata hijrah walaupun pada mulanya saya kurang mempercayainya tapi disebabkan keinginan ingin mencuba dan berusaha untuk merawat mata ibu saya maka saya menasihati ibu saya supaya menggunakan ubat tersebut.

Pada 16/04/2008 sekali lagi saya telah membawa ibu saya ke cawangan klinik kerajaan di Plaza Pantai untuk membuat pemeriksaan mata. Alhamdullilah doktor mendapati mata ibu saya tiada katarak dan tidak perlu menjalani pembedahan.

 

Fazilah bt Razali
Jalan Pantai Baharu 59200 Kuala Lumpur

 

 

 

 

 

 

 

 

Testimoni 7

 

Segala puji kepada Allah SWT, Tuhan semesta alam, selawat dan salam kepada junjungan Nabi Muhammad SAW berserta keluarganya yang mulia.

Saya merasa bersyukur kerana Allah telah mengerakkan hati suami saya Hj Ahmad bertemu dengan Ustaz di Kuala Lumpur pada bulan April 2008 yang lalu. Usaha suami saya telah dimakbulkan oleh Allah SWT kerana saya telah menghidapi penyakit kencing manis selama 25 tahun. Saya telah cuba mengawal kadar gula dalam darah saya namun saya tidak dapat mengawalnya sehingga 100%, kerana keadaan penyakit yang sudah begitu lama, maka 2 tahun yang lalu, ia menyerang mata saya dan doktor di TTSH Singapura mengambil keputusan untuk melakukkan operasi laser keatas mata kanan saya. Masalah Gluecoma telah menyebabkan mata kanan saya sudah tidak berfungsi lagi. Saya kehilanga penglihatan. Namun saya masih berpeluang melihat menerusi mata kiri saya, tetapi rawatan doktor setiap bulan membuatkan saya merasa risau. Doktor sering mengatakan bahawa "tekanan dalam mata kiri saya sangat tinggi" dan saya perlu berhati2 kerana sudah nampak tanda-tanda darah beku diurat mata, jika tidak dikawal, maka saya perlu menjalankan operasi sekali lagi.
Pengalaman yang lalu telah menghantui diri saya, saya tidak mahu kehilangan mata kiri saya, dan akhirnya saya mengadu kepada Allah agar diberikan kemudahan agar saya tidak perlu menjalankan operasi kali kedua. Alhamdulillah, permintaan saya diterima oleh Allah SWT, suami saya bertemu Ustaz Mohd Ali di KL pada 28 April 2008 dan membeli produk Permata Hijrah.

Saya mula gunakan pada 1 May 2008 kerana pada 20bh May saya perlu bertemu dengan doktor untuk rawatan seterusnya. Saya tidak menggunakan ubat mata pemberian Doktor di Tan Tock Seng Eye Clinic (TTSH). Saya bertawakkal kepada Allah SWT. Jika rezki saya, InsyaAllah saya akan sembuh. Kerana saya percaya, setiap penyakit ada penawarnya kecuali mati. Saya gunakan produk Permata Hijrah 3 kali setiap hari sebagaimana yang disarankan oleh Ustaz, dan setelah 2 hari saya menggunakannya, saya tidak merasa sakit kepala setiap malam waktu tidur. Rasa sakit sudah hilang. Dalam fikiran saya, munkin ubat mata ini yang melegakannya dengan izin Allah. Alhamdulillah, sakit tidak lagi terasa sehingga saya bertemu dengan Doktor pada 20hb May 2008. Ketika saya bertemu Doktor pada tarikh tersebut, mata saya diperiksa oleh beliau, dan doktor merasa hairan dan mengatakan darah beku didalam bola mata kiri saya sudah hilang, begitu juga mata yang sudah tidak kelihatan lagi juga terdapat perubahan yang mengkagumkan. Saya tersenyum dan berkata, munkin doa saya diterima oleh Tuhan, Doktor..... Selama 15 minit Doktor cuba memastikan mata kiri saya sehat, dan beliau berkata, awak tidak perlu datang lagi setiap bulan sehingga 6 Disember 2008 dan tidak perlu ambil ubat mata dari klinik lagi. Saya bersyukur dan mengatakan bahawa ubat mata permata hijrah ini sungguh berkesan dan dapat membantu ramai manusia seperti saya. Saya terus meminta surat dari Doktor sebagai bukti, Alhamdullah, Doktor mengeluarkan surat dan menunjukkan tekana bola mata saya normal. 6/12 kiri dan 8/12 kanan. Saya berdoa dan memohon agar Allah perbanyakan rezki Ustaz dan menjaga keselamatan beliau sepanjang beliau menjalankan bisnis ini.

Saya harap Ustaz tidak akan merasa bosan merawat ramai lagi manusia yang memerlukannya seperti saya.


Sekian salam muhibbah dari saya,   

HJH JUNAIDAH BTE DOLLAH
WOODLANDS ST 83 #09-162 SINGAPURA

  Testimoni 8

Anak saya mengalami silau mata yang sangat tinggi. Menurut pakar mata, seseorang pesakit silau mata hanya boleh mengalami sebanyak 600 (power) sahaja. Sekiranya "power" melebihi 600, seseorang pesakit harus menjalani rawatan laser. Di dalam kes anak saya, dia mengalami silau yang agak kronik untuk seorang kanak-kanak seusianya. Power matanya menjangkau 375(kiri) dan 275(kanan). Kes seperti ini selalunya hanya dialami oleh pesakit yang berusia 40 tahun ke atas, akan tetapi anak saya hanya berusia 10 tahun.

Atas sebab silau yang kronik ini, anak saya tidak boleh menanggalkan kaca matanya langsung kecuali ketika mandi dan tidur sahaja. Kadangkala,anak saya terlupa untuk memakai kaca matanya justeru hal ini menyebabkan matanya terasa seperti dicucuk-cucuk. Keadaannya menimbulkan kerisauan kepada saya dan suami. Semenjak itu, anak saya juga mengalami muntah-muntah sehingga pengsan kerana mengalami kesilauan mata yang sangat kronik. Saya terpaksa membawa anak untuk merujuk kepada pakar mata di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan mendapatkan rawatan intensif disana.

Alhamdulillah, selepas beberapa kali berulang-alik untuk mendapatkan rawatan di HKL, saya telah diperkenalkan dengan Toner Mata Permata Hijrah oleh seorang ustaz. Saya tanpa berlengah lagi telah menggunakannya pada anak saya. Setelah 2 minggu menggunakannya, anak saya mengadu penglihatannya semakin baik. Dia mampu membuka kaca matanya dan matanya tidak lagi merasa seperti dicucuk-cucuk dan berdenyut-denyut. Anak saya semakin ceria kerana dia boleh membuka kaca matanya pada bila-bila masa sahaja.

Saya amat bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana telah menemukan anak saya dengan penawar penyakitnya iaitu produk daripada Permata Hijrah. Alhamdulillah...

 

Salinda Marsila Mohammad Hazir
Taman Wawasan,Selangor

 

Testimoni 9

 

Assalamualaikum W.B.T..

Saya ingin berkongsi pengalaman saya mengenai produk keluaran syarikat Permata Hijrah ini. Saya telah menggunakan Toner Mata Permata Hijrah selama sebulan dan telah nampak perubahannya.

Saya telah menggunakan cermin mata selama 13 tahun kerana rabun jauh yang kronik. Power kaca mata saya hampir mencecah 600. Masalah mata saya menjadi semakin teruk apabila saya mula mengalami "Retina Detachment" pada mata kiri sejak 3 tahun yang lepas.

Atas sebab itu, saya terpaksa menjalani 2 pembedahan "major" pada mata kiri saya. Atas usul rakan-rakan, saya telah menjalani pembedahan dan mendapatkan rawatan di Hospital Mata Tun Hussien Onn. Pakar mata yang telah menjalankan pembedahan mata saya adalah antara pakar mata (retina) yang terkenal di seluruh dunia, Dr. Paul Singh.

Saya banyak berhabis untuk merawat mata kiri saya. Namun, nasib masih tidak menyebelahi saya. Semenjak itu, penglihatan mata kiri saya menjadi semakin teruk. Mata kiri saya langsung tidak dapat melihat. Penglihatan saya menjadi gelap. Tidak berpuas hati dengan keadaan itu, saya merujuk semula pada pakar yang merawat. Pakar mata tersebut mengatakan keadaan itu terjadi akibat "multiple operation". Keadaan itu merupakan kesan sampingan dari dua operasi yang saya jalani.

Tertekan dengan keadaan itu, saya mula mencuba pelbagai produk mata untuk mengubati masalah mata ini. Kemudian, saya bagai sudah jatuh di timpa tangga. Saya mengalami katarak pula. Saya terpaksa bergantung kepada pelbagai ubat-ubatan. Saya telah banyak berhabis untuk keselesaan mata saya. Sehinggalah suatu hari, adik saya memperkenalkan Toner Mata Permata Hijrah. Saya pada mulanya keberatan untuk menggunakannya. Pada fikiran saya, sedangkan ubat-ubatan yang mahal dan yang diimport dari luar negara pun tidak mampu untuk mengubati penyakit saya. Inikan pula ubat mata buatan tempatan. Tetapi setelah didesak beberapa kali dan melihat perubahan yang dialami oleh adik saya, saya mula mempercayainya. Saya pun mula mencubanya sebulan yang lalu.

Penglihatan mata saya semakin pulih. Daripada kelam, saya mula dapat melihat bayang-bayang. Saya berasa semakin gembira kerana melihatkan ada perubahan walaupun sedikit. Saya bersyukur kerana atas desakan adik saya dan keluarga, saya mencubanya walaupun ragu-ragu. Saya gembira dengan peningkatan mata saya. Alhamdulillah saya semakinpulih dan saya akan terus menggunakan Toner Mata Permata Hijrah ini untuk melihat perubahan yang lebih lagi.

Alhamdulillah, saya sudah mula yakin dengan produk ini dan akan terus mengesyorkan kepada sesiapa sahaja yang mengalami masalah mata seperti saya. Saya amat bersyukur kepada Allah kerana mentakdirkan keajaiban ini dalama hidup saya. Alhamdulillah...

 

Saiful Hamiruzzaman Bin Mohammad Hazir
Bayu Tasik Condo 1, Bdr Sri Permaisuri, 56000, Cheras


Banner 468 x 60 RM10/Bln

alphalipid2u


 

 

NEWS

 

30.05.2013
AURAWHITE PROD PENCERAHAN UTK WANITA DAN LELAKI

02.10.2010
PRODUK PENCERAHAN DAN KECANTIKAN KULIT

03.06.2010
PRODUK PELANGSINGAN YANG BERKESAN DAN SELAMAT

24.12.2009
GLOWZ ~PRODUK PENCERAHAN

25.11.2009
PRODUK PENCERAHAN PALING MUJARAB

06.11.2009
PENGGUNAAN KAD KREDIT

Subscribe for the newsletter:



PAYMENT 

No Akaun:14150011813058

Nama :FAUZIAH BT AB AZIZ

 

No Akaun:114320072166

Nama :FAUZIAH BT AB AZIZ

 

Setiap transit pembayaran mestilah di e-mail / SMS kepada kami untuk pengesahan:

019 2663660
atau
0104231630
 

 

Iklan Statik RM50/Thn

PENGHANTARAN

 

 

Powered by Megasale4u.com
webmaster

 

[ Home | My shopping cart | About your shopping cart | Shipping and payment | Price list | Register ]

 

Semua maklumat didalam laman web ini adalah dilindungi dan tidak boleh diulang guna didalam apa jua bentuk tanpa persetujuan dari pihak Megasale4u.com. Semua bahan perdagangan yang dipaparkan serta digunakan di laman web ini adalah di bawah hak cipta individu atau cap perdagangan syarikat pengeluarannya.

Designed and Maintained by WEBMASTER

Copyright © megasale4u . 2008 All rights reserved®.